Sakit Jantung Tidak Mengira Usia..

heart-health

Ramai menyangka serangan jantung hanya berlaku kepada hanya orang tua sahaja, walhal situasi kini tidak mengambarkan begitu lagi, Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut, misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung malah ada kes menunjukan ianya telah menyerang sejak berusia 18 tahun lagi.Memandangkan sangkaan mereka masih muda kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka mungkin penghidap sakit jantung kerana belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.

heart_attack1Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung. Ada di antara mereka berjaya diselamatkan dengan bantuan rawatan perubatan dan ada dalam kalangan mereka maut untuk serangan pertama.

Berdasarkan petikan Utusan Online 9 Jan 2011, melaporkan kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008..

Semoga informasi ini dapat memebantu anda.. jadi sekiranya anda belum memiliki Plan Perlindungan boleh hubungi saya di talian 012-2724042 Husnani Md.Noor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s